Saturday, 24 August 2024

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA

Syukur ke hadrat ilahi kerana pada 07/11/2019 @ 11.00 pm aku telah selamat melahirkan puteri keduaku yang diberi nama Nur Afrina Rania. Aku rasa bagaikan mimpi diusia 26 Tahun aku sudah memiliki dua orang cahaya mata. ALHAMDULILLAH . Tujuan aku berkongsi pengalaman bersalin setiap anakku kerana aku nak mereka tahu bagaimana pengorbanan ibu mereka melahirkan mereka .


05/11/2019
Genap 40 minggu tapi masih tak bersalin ? Arghhhhh stresssss ! Pagi-pagi bangun subuh berharap ada tanda-tanda nak bersalin tapi hampa, langsung tak de tanda apa-apa. Siang malam usap perut pujuk baby supaya keluar sebelum due date tapi nampak gayanya dia masih seronok duduk dalam perut ibu dia.
Macam biasa lah kan, kalau dah genap 40 minggu tapi tak bersalin lagi kena la pergi KK. Walaupun rasa dah tak larat nak berjalan tapi tetap gagahkan diri jugak untuk pergi.
Sampai di KK check up macam biasa dan Nurse Azlina yang telah menjaga aku sepanjang 9 bulan suruh aku jumpa doktor untuk scan baby. Part scan ni yang paling aku suka sebab aku boleh tanya apa sahaja kepada doktor  tentang keadaan anak aku, kalau korang nak tahu doktor dekat KKIA batu 14 ni semuanya ramah. Alhamdulillah keadaan baby okay cuma berat baby dalam kandungan  dah mencapai 3.7KG! Aku sangat terkejut bila diberitahu oleh doktor jika berat  bayi dalam kandungan melebihi 3.5KG keatas ibu tidak disarankan untuk bersalin normal dan jalan terbaik ialah ceaser kerana bimbang akan ada risiko bahu patah atau bayi lemas sepanjang proses bersalin kerana mengambil masa terlalu lama untuk meneran. Jadi aku diminta untuk  pergi ke hospital untuk membuat repeat scan pada hari yang sama. 

 
Sampai sahaja di hospital macam biasa lah kena pergi dekat bahagian PAC untuk membuat pendaftaran. Dokumen yang diperlukan ialah buku pink, kad pengenalan dan kad kahwin
Sampai je giliran aku, kena buat CTG, baring lah selama 30 minit kat atas katil tu, beberapa minit kemudian datang seorang doktor bertanyakan beberapa soalan sambil membelek buku pink kepunyaanku.


"Puan, you ada kencing manis ke?" 

"Puan, you ada sejarah lahirkan baby saiz lebih 3.5 kg ke sebelum ni?'

"Sebelum ni bersalin normal ke operate?"

"Ada rasa sakit tak? Or tanda-tanda nak bersalin?"

Actually banyak lagi soalan yang doktor tu interview .

Dipendekkan cerita doktor tu terus bawa aku ke bilik scan dan alhamdulillah berat baby baru 3.2KG .

Aku dan doktor sama-sama tergelak hahahaha, aku anggap mesin scan dekat KK ada problem kot tadi . 

Syukur alhamdulillah aku dibenarkan untuk pulang dan datang semula selepas 7 hari jika tiada tanda-tanda untuk bersalin . Aku masih ingat date yang doktor bagi tu ialah 12/11/2019.


.

07/11/2019 @ 4.00am
Terjaga dari tidur sebab perut rasa memulas manja hehe, sempat la membuang 3 kali jugak then sambung tidur tapi macam tak boleh tidur,sebab dalam kepala otak ni asyik memikir bila lah aku nak bersalin ni?  Husband terbangun sebab tengok aku dari tadi kejap duduk, kejap baring, kejap berdiri.
Husband asyik tanya je "Sue okay tak ni? Nak pergi hospital ke?". Aku tak rasa ni tanda-tanda nak bersalin so aku abaikan dan sambung tidur sehingga masuk waktu subuh.


07/11/2019@ 6.00am
Selesai je solat subuh aku buat aktiviti seperti biasa cuma hari ni aku tak pergi kerja. Hanya melakukan kerja seperti mengemas rumah, melipat pakaian dan memasak. Tanda-tanda yang aku alami hanyalah perut memulas je. .tanda-tanda lain belum keluar.


07/11/2019 @ 6.30pm|
Masa ni aku rasa nak pergi toilet sangat-sangat sebab perut rasa memulas. Alangkah terkejutnya aku sebab masa aku pergi toilet ada darah keluar. Masa ni cepat-cepat call husband sebab dah ada tanda-tanda nak bersalin. Berbeza semasa melahirkan aaira dulu, aku tiada tanda turun darah hanya keluar ketuban je. Masa ni suami baru balik kerja tak sempat makan malam dan mandi terus bergegas bawa aku pergi ke hospital.


07/11/2019 @ 7.00pm
Sampai je di hospital macam biasa la daftar dekat PAC dulu sementara menunggu nama dipanggil aku suruh suami balik mandi , solat dan makan malam dulu sebab aku tak rasa akan bersalin pada waktu yang terdekat. Datang pada waktu maghrib ni memang keadaan agak sibuk ,mungkin kerana misi dan doktor ada yang nak rehat atau pergi solat. So tunggu punya tunggu datang lah doktor pelatih cina perempuan nak cek jalan selepas selesai buat CTG. Alhamdulillah masa ni pembukaan dah 4CM and doktor tu cakap maybe subuh nanti aku akan bersalin. Aku pun beria la bagitahu husband jangan tergesa-gesa datang sebab aku akan bersalin paling lambat pun subuh nanti . So aku suruh dia datang selepas isyak je.


07/11/2019 @11.00pm
Selepas 4 jam aku dalam PAC, aku dapat rasa yang aku akan bersalin tak lama lagi. Sebab aku pergi toilet banyak sangat darah fresh keluar dan sakit selang bberapa minit dan dia accurate tau,. Masa ni ada seorang budak perempuan yang baik hati berlari cari doktor sebab dia tengok aku macam dah tertahan menanggung sakit sampai aku rasa nak bergolek-golek di atas lantai. Kau bayangkan kau tak dapat baring atas katil, hanya duduk diatas sofa yang telah disediakan di PAC . Kebetulan doktor pelatih yang sama tadi datang dan dia tanya "Puan sakit sangat ke? mari saya check jalan sekali lagi""  Aku cakap dekat doktor tu saya dah nak bersalin ni doktor, rasanya tak boleh tunggu subuh dah n. Masa ni aku confident sebab aku dah ada pengalaman dari anak pertama dan aku memang ada install contraction timer , dari bacaan contraction tu dia bagitahu anytime aku akan bersalim. Guesss what ??? Doktor tu check dah 8CM. Maka kelam kabut la di PAC nak booking labour room . Masa ni aku dah tak tahan sangat siap cakap "saya nak meneran dah ni"tapi misi-misi yang tolak katil dari PAC ke Labour room suruh tahan dulu. Sampai je di PAC aku disambut oleh seorang bidan yang berusia dalam 30an. Masa ni aku dah tak fikir apa dah, memang rasa nak meneran je.Bidan tu suruh aku rilek dan bukakkan tudung aku dan ikatan rambut aku. Dia minta izin untuk pecahkan ketuban sebelum proses bersalin bermula. Lepas je pecahkan ketuban dia suruh aku tarik nafas panjang-panjang dan push sambil curi nafas. Masa ni aku berdua je dengan dia memang tenang je rasa. Aku ikut je seperti yang diarahkan oleh bidan. Teran selama 3 kali maka lahirlah puteri kedua kami yang diberi nama Nur Afrina Rania. Semasa proses mengeluarkan uri, bidan suruh aku selawat dan dia tak habis-habis sebut alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar, ibu dan bayi selamat. Aku rasa semua sakit yang aku rasakan selama hampir 4 jam tadi hilang begitu sahaja. Suami aku kali ni tak sempat nak teman sebab masa dia on the way to hospital aku tengah berjuang melahirkan afrina dalam labour room haha. Syukur Alhamdulillah proses bersalin anak kedua ni sangat-sangat dipermudahkan walaupun pada awal kehamilan aku ada pre-eclampsia tapi masuk trimester ketiga alhamdulillah tekanan darah aku kembali normal . Semoga anakku Nur Afrina Rania menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat aaminn . 

Sunday, 27 October 2019

38 Minggu 6 Hari - Masih Menanti Kelahiran Kedua

Assalamualaikum,
Hari ni genap 38 Minggu 6 Hari usia kehamilanku yang kedua. Ini bermakna aku masih ada 9 hari lagi sebelum due date (05/11/2019).
Sampai hari ni masih belum ada apa-apa tanda untuk bersalin. Serious aku rasa agak STRESS Sbb masih lagi tak bersalin, setiap hari lepas solat mesti aku berdoa mudah-mudahan aku bersalin sebelum due date, kalau boleh tak nak lah kena induce sebab aku ada baca pengalaman orang yang kena induce ni sakit dia berganda dari sakit semulajadi. Perghhh! Sakit yang semulajadi pun boleh gegar katil aku buat dalam labour room masa anak first inikan pulak sakit kena induce! Tapi kan tapi kalau belum masanya lagi baby nak keluar nak wat macam mana, maybe anak aku syok sangat duduk dalam perut ni 😆. 

biasanya kalau hampir nak bersalin ni tanda-tanda dia:
- Perut akan nampak turun ke bawah
- Berat badan dah tak naik tetapi akan 
  berkurangan
- Kerap cirit birit
- Perut rasa mengeras je dan sakit area    pinggang/ari-ari          
- Keluar air ketuban & lendir bercampur darah.



Kalau ikut pengalaman anak yang first masa ni memang dah bersalin and tak sempat nak pergi appointment untuk 39 weeks hehe. Tapi yang kedua ni kalau masih tak bersalin terpaksa lah aku pergi KK lagi untuk check up ke 39 weeks (31/10/2019).
Hari tu masa check up 36 weeks doktor scan kepala baby dah masuk laluan and bila-bila masa je aku boleh bersalin. itu cerita 3 minggu lepas..Tapi sampai sekarang pun tak de tanda nak bersalin lagi 😅
Dulu masa anak first scan 36 minggu kepala belum masuk laluan and perut pun masih tinggi je, masuk 38 weeks aku minta cuti dengan boss 2 hari nak rehat kat umah sebab tak larat nak pergi kerja, konon kalau tak bersalin lagi aku naik kerja semula.
Tapi 2 hari duduk umah tu aku bukan duduk saja tau..Aku buat semua kerja rumah, bantai nenas 5 paket yang aku beli kat tepi jalan..lepas tu aku wat jalan itik lah, ketuk ketampi lah..then saje gatal bancuh milo + marjerin..malam kedua tu terus turun tanda (ketuban pecah kat umah) Happy nya masa tu jangan cakap lah..terus aku wasap boss aku yang aku bakal bersalin.Tapi anak yang kedua ni aku pun buat jugak kerja rumah hari-hari, maklumlah semenjak dah duduk umah sendiri so kerja membersih and mengemas umah ni memang aku lah yang kena buat hari-hari..tapi macam tak jalan je huhu. 
Masa anak first sebelum ni duduk dengan mak memang jarang sangat tolong mak mengemas umah, semua mak yang buat.
Aku harap sangat-sangat aku bakal bersalin sebelum tarikh due..kalau boleh tak nak lah overdue and takut sangat bila dengar perkataan induce .Doakan semoga urusan aku bersalin dipermudahkan ye..
Mana lah tahu malam ni ada keluar tanda nak bersalin aaminn 😔

Monday, 20 November 2017

PenGaLaMaN BerSaLin Di HoSpiTaL SeRdaNg

Assalamualaikum. .

Hari ni merupakan hari yang ke 17 aku berpantang. .

Ini bermakna anak aku sudah berusia 2 minggu 3 Hari , cepat jer Masa berlalu .rasa macam baru je pregnant and Aaira tendang2 dalam perut aku.


Disini aku akan share pengalaman bersalin anak pertamaku di Hospital Serdang. .Pengalaman ini terlalu Manis bagi aku kerana inilah pertama Kali aku bergelar seorang ibu . . 


04/11/2017 @ 01.30am

Time ni aku tengah syok tidur tiba-tiba jer  aku rasa macam ade air mengalir  tanpa henti. Errrr tak mungkin aku terkencing ? Cepat-cepat gi toilet and sangat terkejut sebab ada darah mengalir + lendir. .Ni ke tanda dah nak bersalin ? Tapi aku tak rasa sakit pun ? 

Husband & Mak nak bawa aku pergi hospital Masa pagi-pagi buta camni tapi aku plan pergi pukul 8 nanti.  Sebab aku takut sia2 jer gi Hospital Klau jalan masih belum bukak.  Nanti dorang mesti suruh balik rumah dulu. .maklum lah kes tak cukup katil dalam ward. .😬


04/11/2017 @ 07.30am

On the way to Hospital Serdang sempat ajak husband , mak & adek breakfast roti canai dekat area rumah aku. .time ni dah mula rasa contraction tapi aku masih boleh tahan .so sebelum pergi hospital better isi perut dulu Kan ? Husband ,mak & adek tak makan , diorang just order air je , rasanya diorang yang lebih risau dari aku . .Tapi aku rilek je. .siap order roti canai kosong + Teh Ais he he he .


04/11/2017 @ 08.30am

Sampai dekat hospital serdang. pergi daftar bagi buku pink , kad pengenalan sendiri & kad pengenalan suami beserta kad kahwin. .Masa tu dia Tanya "Puan datang sebab apa ya ?" 

So, aku pun jawab lah "saya datang sebab dah keluar tanda2 nak bersalin". Agak lama jugak nak menunggu nama dipanggil. .dekat sejam lah jugak sebab pagi2 macam ni ramai pulak orang yang nak bersalin..


04/11/2017 @ 09.15am

Hampir sejam menunggu barulah namaku dipanggil masuk ke dalam PAC untuk buat CTG. .malangnya tak boleh bawak handbag. .just bawak diri sahaja. .

Sebelum masuk dalam tu , siap pesan dengan Husband jangan pergi mana2 selagi aku tak keluar. .😁


04/11/2017 @ 10.00am

Selesai buat CTG doctor pun panggil nak cek jalan. . Aku dapat doctor perempuan. .nasib baik ! Agak nervous la jugak. .dalam hati ni tak putus-putus berdoa semoga aku bersalin hari ni jugak , sebab aku tak suka duduk hospital lama-lama nanti boleh meroyan beb 😆 selesai cek jalan doctor inform dah bukak 3cm . "Puan . .jalan dah bukak 3cm ni, puan tak boleh balik ya, lepas ni tukar baju sementara menunggu kekosongan ward."erkkkk. .pakai baju pink ? First time pakai baju pink & First time masuk hospital dalam seumur hidup aku . Selesai tukar baju , aku mintak kebenaran daripada jururawat untuk berjumpa suami yang menunggu di luar untuk ambil pad & handphone. .

Sepanjang berada dalam PAC ni , setiap 2 jam jururawat akan periksa tekanan darah dan heratbeat baby dalam kandungan. .lepas tu doctor akan bawa Kita ke bilik scan untuk cek berat baby dan juga kedudukan uri .Oleh kerana ward penuh, so terpaksa lah duduk di dalam ruang menunggu  PAC .


04/11/2017 @ 6.00pm

Time ni aku rasa sakit contraction tu kerap lebih kurang 6 minit sekali. .Rasa betul-betul tak tahan. .sempat jugak lah wasap husband suruh datang hospital stand by kot2 dah nak bersalin. .Masa ni mak call and tnya dah bersalin ke belum ? Rasa nak nangis bila dengar suara mak. .macam Ni rupanya sakit contraction. .teringat dekat mak yang bersusah payah nak melahirkan Kita di dunia Ni.

Untuk meredakan sakit contraction aku tak henti2 baca zikir nabi yunus..kebetulan doctor pun panggil nama untuk cek bukaan. .dalam Hati ni dah berdoa harap2 pembukaan dah lebih 5cm. .and yes ! Doctor inform bukaan dah 6cm. .and ready untuk ditolak ke labour room. .


04/11/2017 @ 6.30pm

Sampai sahaja di labour room, aku dipasangkan alat CTG untuk pantau bacaan jantung baby. .oleh kerana air ketuban dah lama pecah (belum sampai tahap air ketuban kosong) tapi aku masih tak bersalin so doctor drip antibiotics + drip air. .time ni tuhan je yang tahu betapa sakitnya contraction itu ! Masa di labour room jalan dah bukak 7cm. .cepatnya ? Mungkin sebab jalan dah 7cm tu yang aku rasa sakit sangat2. .sedut gas pun tak jalan . .😥


04/11/2017 @ 8.00pm

Masa ni aku sorang2 dalam labour menanggung sakit. .zikir tak henti2 and aku Cuba belajar teknik pernafasan untuk redakan sakit contraction yang aku baca di Google sebelum ni. .selepas waktu isyak baru husband masuk. .rasa happy gila nampak muka husband. .rasa kesakitan tu agak reda walaupun bukan tahap hilang rasa sakit. .

Ermmm..pegang tangan husband and mengadu yang Kita rasa sakit sangat2. .dia usap2 belakang badan ni. .and siap cakap "kesian sue..sabar ye" time2 gini lah aku sempat lagi cakap "abang..lepas ni tak nak bersalin normal ye..sue tak tahan sakit sangat..sue nak operate je lepas ni" .haha. .boleh pulak aku merepek. 

Nurse pun masuk labour nak pantau bacaan baby. .

Aku rasa sakit contraction ni macam nak buang air besar + senggugut. .ishhh tak tahu macam mana nak citer sakit dia. .hanya yang dah Jadi ibu je tahu rasa sakit tu macam diperah-perah pinggang ni . Aku rasa macam nak meneran tapi nurse tak bagi. .katanya sebab aku primid and selagi bukaan tak bukak ke 10cm jangan meneran , nanti boleh menyebabkan koyakkan banyak + dalaman tak tahu apa yang Jadi. .so aku pun ikut jer la nasihat nurse tu. .


04/11/2017 @ 9.35pm

Doctor datang cek jalan . .dah bukak 10cm. .

Hah? Patut lah aku rasa sakit sangat2 setiap 1 minit rasa sakitnya ! Bila doctor bagi green light aku pun meneran ikut teknik yang diajar oleh doctor. .bila contraction tu datang tarik nafas panjang-panjang and hembus macam Kita nak buang air besar , jangan bukak mulut , jangan menjerit-jerit and jangan angkat punggung . .Masa meneran ni husband aku pun turut bagi semangat   . Masa ni dekat 4x jugak la aku meneran baru keluar part kepala. .ok dah 5 minit Masa berlalu. .doctor suruh teran lagi untuk keluarkan bahagian bahu pulak. .serius aku rasa jururawat dalam labour room ni dah macam pasukan sorak pun ade. .ye puan ! Teran lagi ! Curi nafas ! Yes ! Cepat puan , nanti baby lemas ! Err sekali aku teran sekuat tenaga aku maka keluarlah Baby girl seberat 2.8kg yang diberi nama Nur Aaira Rania . Hampir 10 minit jugak proses meneran .keluar je baby doctor terus letak Kan baby atas dada Kita (skin to skin) alhamdulillah tiada koyakkan dan hanya jahitan episiotomi sahaja. .syukur alhamdulillah sepanjang proses nak bersalin yang terlibat semua doctor perempuan & jururawat perempuan. .

Rasa macam mimpi je dah ade anak sendiri. .Eh aku dah Jadi mak ke? Orang yang paling happy dapat baby of course la my husband. So , lengkaplah keluarga kecilku dengan kehadiran cahaya mata yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. .Semoga Aaira menjadi anak yang solehah ye sayang. .AamiIn .


                                                          selamat datang ke dunia sayang..
                                                          fresh-from-oven ni hehehe



Wednesday, 8 February 2017

KENDURI KAHWIN CIK SUE

Alhamdulillah , pada 12.11.2016 aku selamat diijab kabul bersama pasangan pilihan aku .
Huh ! Lega rasa hati ni selepas majlis selesai . Hampir setengah tahun jugak lah nak buat persiapan dan setengah tahun tu jugak lah aku rasa macam nak fengshannnn . Maklum lah , semua aku yang nak kena urus sendiri sebab aku  sangat mengambil berat dari segi gubahan dulang hantaran / makanan / andaman / dekorasi bilik/ busana sanding + akad nikah / photographer / doorgift .
ha nampak tak ? nampak tak ? banyak sebenarnye perkara yang kita kena buat . kalau nak list kan satu-satu sampai esok pun belum tentu habis . Pada aku lah kan , kalau nak buat kenduri kahwin yang paling penting sekali kena tengok pada kemampuan masing-masing . Tak perlu nak GRAND bagai sebab nanti lepas kahwin jenuh nak membayar loan kahwin (Aiseh , zaman sekarang ni ramai pasangan yang buat Loan demi nak kahwin , kalau boleh elakkan ya cik adik / cik abang ! nanti jenuh nak membayar sampai ke cucu cicit ) Kita sebagai perempuan Jangan lah nak harapkan duit hantaran lelaki sahaja . Kita  pun kena lah berkorban  jugak baru ada kesungguhan dalam nak membina masjid :-)
Okey , kepada sesiapa yang nak kahwin jangan lupa kumpul duit awal-awal..nanti tak de lah kau nak menyusahkan family / saudara-mara / jiran tetangga.... hiksss B-)

Disini aku akan kongsikan berkenaan bajet kenduri kahwin aku . Walaupun bukan majlis kenduri VIP tapi alhamdulillah majlis aku berjalan  lancar dengan izin Allah s.w.t .


1) BAJU AKAD NIKAH  BELI SIAP DI JAKEL - RM 150.00 (Promotion price)



2) GUBAHAN HANTARAN - BELI SIAP RM 25 X 7 DULANG - RM 175.00


3) ANDAMAN, PELAMIN, BANTAL NIKAH,
    RED CARPET, PINTU ERBANG DAN BUSANA SANDING - RM 2550.00
  


4) KATERING 600 PAX -RM 7850.00



    
5) DJ & PA SYSTEM - RM 500.00






6) PHOTOGRAPHER (AKAD & SANDING) MAGAZINE ALBUM - RM 1400.00




So , Total kesemua ialah RM 12,625.00 . Rasa2 sikit ke banyak ? Ini hanya basic sahaja okay. Barang hantaran aku tak beli pun. . semua  Encik hubby yang belikan. . :-)

ini tak termasuk kos untuk membeli bunga telur , Cadar. .Wallpaper bilik , hiasan bilik , door gift dan jugak jamuan selepas akad nikah (yang ini sponsor by my parents) . Majlis aku simple je , tak ada Photo booth ! tak ada brides maid !
sebab apa ? sebab tak penting pun photo booth ni , tetamu yang datang boleh je bergambar dengan pengantin kat pelamin . betul tak ? apa guna pelamin hias cantik2 tapi tetamu sibuk melaram dekat photo booth . Brides maid tu pun aku tak ada sebab takut over budget lah pulak nak kena belikan baju setiap seorang . Apa yang penting niat tu kena betul , tak over and tak menunjuk-nunjuk . Duit selebihnya boleh kita simpan untuk perkara yang lebih penting . ini merupakan last entry berkaitan cerita kahwin kita . Lepas ni cerita pasal baby pulak lah ? hehe. .in sha allah .

----------------------------------------- SEKIAN -----------------------------------------------------------





Monday, 1 August 2016

MY WEDDING DRESS FROM SENTUHAN QASEH ANDAMAN

Assalamualaikum .
Rasanya dah hampir dua bulan aku tak menulis dalam blog ni :-)
Maklumlah. .busy dengan preparation  raya and vacation with my family . 
Ok , tak nak cerita panjang-panjang pasal preparation raya and vacation sebab Entry kali ni aku nak share tentang satu butik yang aku pilih untuk majlis sanding aku nanti . butik yang aku maksudkan tu ialah butik SENTUHAN QASEH ANDAMAN . Bagi sesiapa yang tak kenal dengan butik ni, korang boleh search butik ni di FB & IG :  SENTUHAN QASEH ANDAMAN
Actually aku baru jer booking wedding dress, make up and bridal bed dekat Butik ni .
Kenapa aku pilih butik ni ? sebab masa kakak aku buat majlis perkahwinan dia pun ambik perkhidmatan dari butik sentuhan qaseh andaman ni . Memang cantik sentuhan mekap dia and ramai orang puji mekap dari sentuhan qaseh andaman. macam mana pulak dengan wedding dress dari butik ni ? semua wedding dress dia cantik-cantik and korang akan rasa rambang mata  tak tahu nak pilih yang mana satu ;-) . Masa aku pergi butik tu , hampir sejam jugak lah aku memilih baju mana yang sesuai sebab memang cantik-cantik and ada beberapa design baru  and salah satunya berjaya mencuri hati aku, and I'm very sure dress ni memang sangat sesuai untuk aku pakai nanti .
Rasa tak sabar nye muka ni disentuh oleh  sentuhan qaseh andaman .
kepada bakal pengantin yang masih lagi tercari-cari pakej andaman . .korang boleh pergi  ke FB / IG
SENTUHAN QASEH ANDAMAN . .
sampai sni saje lah perkongsian aku untuk kali ni .
untuk next entry kite cerita benda lain pulak ye.
#bridetobe
#countingmonth
#novembercoming
#131116



Tuesday, 17 May 2016

Deli Rasa Katering Pilihanku ;-)

Assalamualaikum ,
Ini merupakan ENTRY pertama aku dalam blog ni .
Sejujurnya aku bukan lah seorang yang pandai menulis tapi tak salahkan kalau aku nak share something ? 
Hari ni aku nak share tentang satu katering yang aku pilih untuk Majlis Perkahwinanku yang bakal berlangsung pada November tahun ni. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari katering untuk majlis perkahwinan/pertunangan dan sebagainya, aku suggestkan korang untuk memilih Deli Rasa Catering sebab pakej yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan masih di dalam lingkungan Bajet .
kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang  pakej yang ditawarkan oleh Deli Rasa , korang boleh pergi dekat website Delirasa Catering.
Pakej yang aku pilih untuk Majlis Perkahwinan aku ialah Pakej Kanopi Ekonomi,


 Oleh kerana jemputan   sekitar  bawah 250 orang, parent aku memilih untuk mengambil 600 pax sebab parent aku tak nak ada apa-apa pembaziran dari segi makanan . Cukuplah dengan pembaziran semasa perkahwinan kakak aku yang diadakan pada tahun lepas .

 Kalau korang nak tahu , servis dan layanan dari Deli Rasa cukup memuaskan aku .
Dari first conversation antara aku dengan bahagian marketing , set appointment untuk food tester dan pembayaran 10% downpayment semuanya berjalan lancar .  Testing food Deli Rasa memang sedap . Pihak Deli Rasa jugak ada menyediakan rebate jika date majlis bukan dibuat pada cuti penggal sekolah atau cuti umum . Penjimatan dia bukan sesen , ringgit atau puluh ringgit tau ! Tapi beratus ringgit . Setiap pakej mempunyai rebate yang tersendiri . Sebelum aku pilih katering ni, aku dah baca review orang lain dan alhamdulillah ramai yang comment POSTIVE ! hope tak ada back charge after confirm . yes , itu yang paling penting . Kalau korang nak tahu ada jugak sesetengah yang menawarkan harga murah untuk pakej perkahwinan tetapi bila dah booking  rupa-rupanya masih ada charge yang tersembunyi . kalau boleh kita tak nak lah ada masalah macam ni kan. .Haihhhh , rasa tak sabar pulak nak menunggu detik-detik bahagia bergelar isteri (Berangan kejap)


 #1stepcloser

#Countingmonth
#Bridetobe
#Novembercoming
#JodohitufromAllah 
#In sha allah