Saturday, 24 August 2024

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA

Syukur ke hadrat ilahi kerana pada 07/11/2019 @ 11.00 pm aku telah selamat melahirkan puteri keduaku yang diberi nama Nur Afrina Rania. Aku rasa bagaikan mimpi diusia 26 Tahun aku sudah memiliki dua orang cahaya mata. ALHAMDULILLAH . Tujuan aku berkongsi pengalaman bersalin setiap anakku kerana aku nak mereka tahu bagaimana pengorbanan ibu mereka melahirkan mereka .


05/11/2019
Genap 40 minggu tapi masih tak bersalin ? Arghhhhh stresssss ! Pagi-pagi bangun subuh berharap ada tanda-tanda nak bersalin tapi hampa, langsung tak de tanda apa-apa. Siang malam usap perut pujuk baby supaya keluar sebelum due date tapi nampak gayanya dia masih seronok duduk dalam perut ibu dia.
Macam biasa lah kan, kalau dah genap 40 minggu tapi tak bersalin lagi kena la pergi KK. Walaupun rasa dah tak larat nak berjalan tapi tetap gagahkan diri jugak untuk pergi.
Sampai di KK check up macam biasa dan Nurse Azlina yang telah menjaga aku sepanjang 9 bulan suruh aku jumpa doktor untuk scan baby. Part scan ni yang paling aku suka sebab aku boleh tanya apa sahaja kepada doktor  tentang keadaan anak aku, kalau korang nak tahu doktor dekat KKIA batu 14 ni semuanya ramah. Alhamdulillah keadaan baby okay cuma berat baby dalam kandungan  dah mencapai 3.7KG! Aku sangat terkejut bila diberitahu oleh doktor jika berat  bayi dalam kandungan melebihi 3.5KG keatas ibu tidak disarankan untuk bersalin normal dan jalan terbaik ialah ceaser kerana bimbang akan ada risiko bahu patah atau bayi lemas sepanjang proses bersalin kerana mengambil masa terlalu lama untuk meneran. Jadi aku diminta untuk  pergi ke hospital untuk membuat repeat scan pada hari yang sama. 

 
Sampai sahaja di hospital macam biasa lah kena pergi dekat bahagian PAC untuk membuat pendaftaran. Dokumen yang diperlukan ialah buku pink, kad pengenalan dan kad kahwin
Sampai je giliran aku, kena buat CTG, baring lah selama 30 minit kat atas katil tu, beberapa minit kemudian datang seorang doktor bertanyakan beberapa soalan sambil membelek buku pink kepunyaanku.


"Puan, you ada kencing manis ke?" 

"Puan, you ada sejarah lahirkan baby saiz lebih 3.5 kg ke sebelum ni?'

"Sebelum ni bersalin normal ke operate?"

"Ada rasa sakit tak? Or tanda-tanda nak bersalin?"

Actually banyak lagi soalan yang doktor tu interview .

Dipendekkan cerita doktor tu terus bawa aku ke bilik scan dan alhamdulillah berat baby baru 3.2KG .

Aku dan doktor sama-sama tergelak hahahaha, aku anggap mesin scan dekat KK ada problem kot tadi . 

Syukur alhamdulillah aku dibenarkan untuk pulang dan datang semula selepas 7 hari jika tiada tanda-tanda untuk bersalin . Aku masih ingat date yang doktor bagi tu ialah 12/11/2019.


.

07/11/2019 @ 4.00am
Terjaga dari tidur sebab perut rasa memulas manja hehe, sempat la membuang 3 kali jugak then sambung tidur tapi macam tak boleh tidur,sebab dalam kepala otak ni asyik memikir bila lah aku nak bersalin ni?  Husband terbangun sebab tengok aku dari tadi kejap duduk, kejap baring, kejap berdiri.
Husband asyik tanya je "Sue okay tak ni? Nak pergi hospital ke?". Aku tak rasa ni tanda-tanda nak bersalin so aku abaikan dan sambung tidur sehingga masuk waktu subuh.


07/11/2019@ 6.00am
Selesai je solat subuh aku buat aktiviti seperti biasa cuma hari ni aku tak pergi kerja. Hanya melakukan kerja seperti mengemas rumah, melipat pakaian dan memasak. Tanda-tanda yang aku alami hanyalah perut memulas je. .tanda-tanda lain belum keluar.


07/11/2019 @ 6.30pm|
Masa ni aku rasa nak pergi toilet sangat-sangat sebab perut rasa memulas. Alangkah terkejutnya aku sebab masa aku pergi toilet ada darah keluar. Masa ni cepat-cepat call husband sebab dah ada tanda-tanda nak bersalin. Berbeza semasa melahirkan aaira dulu, aku tiada tanda turun darah hanya keluar ketuban je. Masa ni suami baru balik kerja tak sempat makan malam dan mandi terus bergegas bawa aku pergi ke hospital.


07/11/2019 @ 7.00pm
Sampai je di hospital macam biasa la daftar dekat PAC dulu sementara menunggu nama dipanggil aku suruh suami balik mandi , solat dan makan malam dulu sebab aku tak rasa akan bersalin pada waktu yang terdekat. Datang pada waktu maghrib ni memang keadaan agak sibuk ,mungkin kerana misi dan doktor ada yang nak rehat atau pergi solat. So tunggu punya tunggu datang lah doktor pelatih cina perempuan nak cek jalan selepas selesai buat CTG. Alhamdulillah masa ni pembukaan dah 4CM and doktor tu cakap maybe subuh nanti aku akan bersalin. Aku pun beria la bagitahu husband jangan tergesa-gesa datang sebab aku akan bersalin paling lambat pun subuh nanti . So aku suruh dia datang selepas isyak je.


07/11/2019 @11.00pm
Selepas 4 jam aku dalam PAC, aku dapat rasa yang aku akan bersalin tak lama lagi. Sebab aku pergi toilet banyak sangat darah fresh keluar dan sakit selang bberapa minit dan dia accurate tau,. Masa ni ada seorang budak perempuan yang baik hati berlari cari doktor sebab dia tengok aku macam dah tertahan menanggung sakit sampai aku rasa nak bergolek-golek di atas lantai. Kau bayangkan kau tak dapat baring atas katil, hanya duduk diatas sofa yang telah disediakan di PAC . Kebetulan doktor pelatih yang sama tadi datang dan dia tanya "Puan sakit sangat ke? mari saya check jalan sekali lagi""  Aku cakap dekat doktor tu saya dah nak bersalin ni doktor, rasanya tak boleh tunggu subuh dah n. Masa ni aku confident sebab aku dah ada pengalaman dari anak pertama dan aku memang ada install contraction timer , dari bacaan contraction tu dia bagitahu anytime aku akan bersalim. Guesss what ??? Doktor tu check dah 8CM. Maka kelam kabut la di PAC nak booking labour room . Masa ni aku dah tak tahan sangat siap cakap "saya nak meneran dah ni"tapi misi-misi yang tolak katil dari PAC ke Labour room suruh tahan dulu. Sampai je di PAC aku disambut oleh seorang bidan yang berusia dalam 30an. Masa ni aku dah tak fikir apa dah, memang rasa nak meneran je.Bidan tu suruh aku rilek dan bukakkan tudung aku dan ikatan rambut aku. Dia minta izin untuk pecahkan ketuban sebelum proses bersalin bermula. Lepas je pecahkan ketuban dia suruh aku tarik nafas panjang-panjang dan push sambil curi nafas. Masa ni aku berdua je dengan dia memang tenang je rasa. Aku ikut je seperti yang diarahkan oleh bidan. Teran selama 3 kali maka lahirlah puteri kedua kami yang diberi nama Nur Afrina Rania. Semasa proses mengeluarkan uri, bidan suruh aku selawat dan dia tak habis-habis sebut alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar, ibu dan bayi selamat. Aku rasa semua sakit yang aku rasakan selama hampir 4 jam tadi hilang begitu sahaja. Suami aku kali ni tak sempat nak teman sebab masa dia on the way to hospital aku tengah berjuang melahirkan afrina dalam labour room haha. Syukur Alhamdulillah proses bersalin anak kedua ni sangat-sangat dipermudahkan walaupun pada awal kehamilan aku ada pre-eclampsia tapi masuk trimester ketiga alhamdulillah tekanan darah aku kembali normal . Semoga anakku Nur Afrina Rania menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat aaminn . 

No comments:

Post a Comment