Assalamualaikum ,
Ini merupakan ENTRY pertama aku dalam blog ni .
Sejujurnya aku bukan lah seorang yang pandai menulis tapi tak salahkan kalau aku nak share something ?
Hari ni aku nak share tentang satu katering yang aku pilih untuk Majlis Perkahwinanku yang bakal berlangsung pada November tahun ni. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari katering untuk majlis perkahwinan/pertunangan dan sebagainya, aku suggestkan korang untuk memilih Deli Rasa Catering sebab pakej yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan masih di dalam lingkungan Bajet .
kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang pakej yang ditawarkan oleh Deli Rasa , korang boleh pergi dekat website Delirasa Catering.
Pakej yang aku pilih untuk Majlis Perkahwinan aku ialah Pakej Kanopi Ekonomi,
Oleh kerana jemputan sekitar bawah 250 orang, parent aku memilih untuk mengambil 600 pax sebab parent aku tak nak ada apa-apa pembaziran dari segi makanan . Cukuplah dengan pembaziran semasa perkahwinan kakak aku yang diadakan pada tahun lepas .
Kalau korang nak tahu , servis dan layanan dari Deli Rasa cukup memuaskan aku .
Dari first conversation antara aku dengan bahagian marketing , set appointment untuk food tester dan pembayaran 10% downpayment semuanya berjalan lancar . Testing food Deli Rasa memang sedap . Pihak Deli Rasa jugak ada menyediakan rebate jika date majlis bukan dibuat pada cuti penggal sekolah atau cuti umum . Penjimatan dia bukan sesen , ringgit atau puluh ringgit tau ! Tapi beratus ringgit . Setiap pakej mempunyai rebate yang tersendiri . Sebelum aku pilih katering ni, aku dah baca review orang lain dan alhamdulillah ramai yang comment POSTIVE ! hope tak ada back charge after confirm . yes , itu yang paling penting . Kalau korang nak tahu ada jugak sesetengah yang menawarkan harga murah untuk pakej perkahwinan tetapi bila dah booking rupa-rupanya masih ada charge yang tersembunyi . kalau boleh kita tak nak lah ada masalah macam ni kan. .Haihhhh , rasa tak sabar pulak nak menunggu detik-detik bahagia bergelar isteri (Berangan kejap)
#1stepcloser
#Countingmonth
#Bridetobe
#Novembercoming
#JodohitufromAllah
#In sha allah
No comments:
Post a Comment