Monday, 20 November 2017

PenGaLaMaN BerSaLin Di HoSpiTaL SeRdaNg

Assalamualaikum. .

Hari ni merupakan hari yang ke 17 aku berpantang. .

Ini bermakna anak aku sudah berusia 2 minggu 3 Hari , cepat jer Masa berlalu .rasa macam baru je pregnant and Aaira tendang2 dalam perut aku.


Disini aku akan share pengalaman bersalin anak pertamaku di Hospital Serdang. .Pengalaman ini terlalu Manis bagi aku kerana inilah pertama Kali aku bergelar seorang ibu . . 


04/11/2017 @ 01.30am

Time ni aku tengah syok tidur tiba-tiba jer  aku rasa macam ade air mengalir  tanpa henti. Errrr tak mungkin aku terkencing ? Cepat-cepat gi toilet and sangat terkejut sebab ada darah mengalir + lendir. .Ni ke tanda dah nak bersalin ? Tapi aku tak rasa sakit pun ? 

Husband & Mak nak bawa aku pergi hospital Masa pagi-pagi buta camni tapi aku plan pergi pukul 8 nanti.  Sebab aku takut sia2 jer gi Hospital Klau jalan masih belum bukak.  Nanti dorang mesti suruh balik rumah dulu. .maklum lah kes tak cukup katil dalam ward. .😬


04/11/2017 @ 07.30am

On the way to Hospital Serdang sempat ajak husband , mak & adek breakfast roti canai dekat area rumah aku. .time ni dah mula rasa contraction tapi aku masih boleh tahan .so sebelum pergi hospital better isi perut dulu Kan ? Husband ,mak & adek tak makan , diorang just order air je , rasanya diorang yang lebih risau dari aku . .Tapi aku rilek je. .siap order roti canai kosong + Teh Ais he he he .


04/11/2017 @ 08.30am

Sampai dekat hospital serdang. pergi daftar bagi buku pink , kad pengenalan sendiri & kad pengenalan suami beserta kad kahwin. .Masa tu dia Tanya "Puan datang sebab apa ya ?" 

So, aku pun jawab lah "saya datang sebab dah keluar tanda2 nak bersalin". Agak lama jugak nak menunggu nama dipanggil. .dekat sejam lah jugak sebab pagi2 macam ni ramai pulak orang yang nak bersalin..


04/11/2017 @ 09.15am

Hampir sejam menunggu barulah namaku dipanggil masuk ke dalam PAC untuk buat CTG. .malangnya tak boleh bawak handbag. .just bawak diri sahaja. .

Sebelum masuk dalam tu , siap pesan dengan Husband jangan pergi mana2 selagi aku tak keluar. .😁


04/11/2017 @ 10.00am

Selesai buat CTG doctor pun panggil nak cek jalan. . Aku dapat Doctor perempuan. .nasib baik ! Agak nervous la jugak. .dalam Hati ni dah berdoa Semoga aku bersalin Hari ni jugak. .lepas cek jalan doctor tu inform da bukak 3cm. ."puan . .jalan dah bukak 3cm ni, puan tak boleh balik ya, lepas ni tukar baju sementara menunggu kekosongan ward."erkkkk. .pakai baju pink ? first time pakai baju pink & first time kena masuk hospital dalam seumur hidup aku . Selesai tukar baju pink , aku mintak kebenaran daripada jururawat untuk berjumpa suami yang menunggu di luar untuk ambil pad & handphone. .

Sepanjang berada dalam PAC ni , setiap 2 jam jururawat akan periksa tekanan darah dan heratbeat baby dalam kandungan. .lepas tu doctor akan bawa Kita ke bilik scan untuk cek berat baby dan juga kedudukan uri .Oleh kerana ward penuh, so terpaksa lah duduk di dalam ruang menunggu  PAC .


04/11/2017 @ 6.00pm

Time ni aku rasa sakit contraction tu kerap lebih kurang 6 minit sekali. .Rasa betul-betul tak tahan. .sempat jugak lah wasap husband suruh datang hospital stand by kot2 dah nak bersalin. .Masa ni mak call and tnya dah bersalin ke belum ? Rasa nak nangis bila dengar suara mak. .macam Ni rupanya sakit contraction. .teringat dekat mak yang bersusah payah nak melahirkan Kita di dunia Ni.

Untuk meredakan sakit contraction aku tak henti2 baca zikir nabi yunus..kebetulan doctor pun panggil nama untuk cek bukaan. .dalam Hati ni dah berdoa harap2 pembukaan dah lebih 5cm. .and yes ! Doctor inform bukaan dah 6cm. .and ready untuk ditolak ke labour room. .


04/11/2017 @ 6.30pm

Sampai sahaja di labour room, aku dipasangkan alat CTG untuk pantau bacaan jantung baby. .oleh kerana air ketuban dah lama pecah (belum sampai tahap air ketuban kosong) tapi aku masih tak bersalin so doctor drip antibiotics + drip air. .time ni tuhan je yang tahu betapa sakitnya contraction itu ! Masa di labour room jalan dah bukak 7cm. .cepatnya ? Mungkin sebab jalan dah 7cm tu yang aku rasa sakit sangat2. .sedut gas pun tak jalan . .😥


04/11/2017 @ 8.00pm

Masa ni aku sorang2 dalam labour menanggung sakit. .zikir tak henti2 and aku Cuba belajar teknik pernafasan untuk redakan sakit contraction yang aku baca di Google sebelum ni. .selepas waktu isyak baru husband masuk. .rasa happy gila nampak muka husband. .rasa kesakitan tu agak reda walaupun bukan tahap hilang rasa sakit. .

Ermmm..pegang tangan husband and mengadu yang Kita rasa sakit sangat2. .dia usap2 belakang badan ni. .and siap cakap "kesian sue..sabar ye" time2 gini lah aku sempat lagi cakap "abang..lepas ni tak nak bersalin normal ye..sue tak tahan sakit sangat..sue nak operate je lepas ni" .haha. .boleh pulak aku merepek. 

Nurse pun masuk labour nak pantau bacaan baby. .

Aku rasa sakit contraction ni macam nak buang air besar + senggugut. .ishhh tak tahu macam mana nak citer sakit dia. .hanya yang dah Jadi ibu je tahu rasa sakit tu macam diperah-perah pinggang ni . Aku rasa macam nak meneran tapi nurse tak bagi. .katanya sebab aku primid and selagi bukaan tak bukak ke 10cm jangan meneran , nanti boleh menyebabkan koyakkan banyak + dalaman tak tahu apa yang Jadi. .so aku pun ikut jer la nasihat nurse tu. .


04/11/2017 @ 9.35pm

Doctor datang cek jalan . .dah bukak 10cm. .

Hah? Patut lah aku rasa sakit sangat2 setiap 1 minit rasa sakitnya ! Bila doctor bagi green light aku pun meneran ikut teknik yang diajar oleh doctor. .bila contraction tu datang tarik nafas panjang-panjang and hembus macam Kita nak buang air besar , jangan bukak mulut , jangan menjerit-jerit and jangan angkat punggung . .Masa meneran ni husband aku pun turut bagi semangat   . Masa ni dekat 4x jugak la aku meneran baru keluar part kepala. .ok dah 5 minit Masa berlalu. .doctor suruh teran lagi untuk keluarkan bahagian bahu pulak. .serius aku rasa jururawat dalam labour room ni dah macam pasukan sorak pun ade. .ye puan ! Teran lagi ! Curi nafas ! Yes ! Cepat puan , nanti baby lemas ! Err sekali aku teran sekuat tenaga aku maka keluarlah Baby girl seberat 2.8kg yang diberi nama Nur Aaira Rania . Hampir 10 minit jugak proses meneran .keluar je baby doctor terus letak Kan baby atas dada Kita (skin to skin) alhamdulillah tiada koyakkan dan hanya jahitan episiotomi sahaja. .syukur alhamdulillah sepanjang proses nak bersalin yang terlibat semua doctor perempuan & jururawat perempuan. .

Rasa macam mimpi je dah ade anak sendiri. .eh aku dah Jadi mak ke? Orang yang paling happy dapat baby of course la my husband. So , lengkaplah keluarga kecilku dengan kehadiran cahaya mata yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. .semoga Aaira menjadi anak yang solehah ye sayang. .aaminn .


                                                          selamat datang ke dunia sayang..
                                                          fresh-from-oven ni hehehe



14 comments:

  1. Berapa bayaran bil hospital ye puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis , bayaran tak mahal pun. .hanya RM 39.00 sbb saya duduk dalam wad kelas 3 .

      Delete
  2. Cik Sue memang follow up di hospital ni sebelum bersalin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sura , maaf krna lmbat reply . sblum brsalin sy tdak prnah follow up di hospital serdang or mana2 hospital ,
      sy hnya check up sperti biasa di klinik kesihatan bt 14 . oleh krana ini mrupakan hospital krajaan, jdi kita blh walk in saja apabila ada tnda2 hndak brsalin :-)

      Delete
  3. Planning nk bersalin sini.alhamdulillah sis ckp husband boleh masuk teman.lega sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis. .yup husband boleh teman di labour room.. jangan risau ye..

      Delete
  4. Hi kak..dlm wad bole ade pnjaga tak? 1 wad brapa katil? Rapat2 mcm hkl ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear. .Dalam Ward ibu slpas bersalin tiada pnjaga dibenarkan, dlm Ward Ade 6-7 ktil tapi pkai kipas (Ward klas 3). .

      Delete
  5. Salam kak,

    Ada syarat untuk suami masuk labour room tak?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam dik,tiada apa2 syarat dikenakan utk suami msuk dlm labour room.Nnti nurse yg akn pnggil suami utk msuk dlm labour room & temankan adik smpai bsalin :-)

      Delete
    2. Suami takleh teman ke Kat wad

      Delete
  6. Kak boleh Rakam ke Masa beranak tu.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak . Nak tnya kalau nk duduk ward second class kene book awl ke mcme ? And mcmne lynan nurse dkt situ yer ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak.. nak tanya... Ada beza kelas ke di serdang? Kalau x nak ramai kelas ke berapa? Bayaran? Ke nak kena tanya hospital serdang direct? Then saya nak tanya saya x ada buku pink dari KK ...sebab saya buat check up di klinik swasta...boleh bersalin juga ke di hospital serdang?

    ReplyDelete