Monday, 1 August 2016

MY WEDDING DRESS FROM SENTUHAN QASEH ANDAMAN

Assalamualaikum .
Rasanya dah hampir dua bulan aku tak menulis dalam blog ni :-)
Maklumlah. .busy dengan preparation  raya and vacation with my family . 
Ok , tak nak cerita panjang-panjang pasal preparation raya and vacation sebab Entry kali ni aku nak share tentang satu butik yang aku pilih untuk majlis sanding aku nanti . butik yang aku maksudkan tu ialah butik SENTUHAN QASEH ANDAMAN . Bagi sesiapa yang tak kenal dengan butik ni, korang boleh search butik ni di FB & IG :  SENTUHAN QASEH ANDAMAN
Actually aku baru jer booking wedding dress, make up and bridal bed dekat Butik ni .
Kenapa aku pilih butik ni ? sebab masa kakak aku buat majlis perkahwinan dia pun ambik perkhidmatan dari butik sentuhan qaseh andaman ni . Memang cantik sentuhan mekap dia and ramai orang puji mekap dari sentuhan qaseh andaman. macam mana pulak dengan wedding dress dari butik ni ? semua wedding dress dia cantik-cantik and korang akan rasa rambang mata  tak tahu nak pilih yang mana satu ;-) . Masa aku pergi butik tu , hampir sejam jugak lah aku memilih baju mana yang sesuai sebab memang cantik-cantik and ada beberapa design baru  and salah satunya berjaya mencuri hati aku, and I'm very sure dress ni memang sangat sesuai untuk aku pakai nanti .
Rasa tak sabar nye muka ni disentuh oleh  sentuhan qaseh andaman .
kepada bakal pengantin yang masih lagi tercari-cari pakej andaman . .korang boleh pergi  ke FB / IG
SENTUHAN QASEH ANDAMAN . .
sampai sni saje lah perkongsian aku untuk kali ni .
untuk next entry kite cerita benda lain pulak ye.
#bridetobe
#countingmonth
#novembercoming
#131116



Tuesday, 17 May 2016

Deli Rasa Katering Pilihanku ;-)

Assalamualaikum ,
Ini merupakan ENTRY pertama aku dalam blog ni .
Sejujurnya aku bukan lah seorang yang pandai menulis tapi tak salahkan kalau aku nak share something ? 
Hari ni aku nak share tentang satu katering yang aku pilih untuk Majlis Perkahwinanku yang bakal berlangsung pada November tahun ni. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari katering untuk majlis perkahwinan/pertunangan dan sebagainya, aku suggestkan korang untuk memilih Deli Rasa Catering sebab pakej yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan masih di dalam lingkungan Bajet .
kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang  pakej yang ditawarkan oleh Deli Rasa , korang boleh pergi dekat website Delirasa Catering.
Pakej yang aku pilih untuk Majlis Perkahwinan aku ialah Pakej Kanopi Ekonomi,


 Oleh kerana jemputan   sekitar  bawah 250 orang, parent aku memilih untuk mengambil 600 pax sebab parent aku tak nak ada apa-apa pembaziran dari segi makanan . Cukuplah dengan pembaziran semasa perkahwinan kakak aku yang diadakan pada tahun lepas .

 Kalau korang nak tahu , servis dan layanan dari Deli Rasa cukup memuaskan aku .
Dari first conversation antara aku dengan bahagian marketing , set appointment untuk food tester dan pembayaran 10% downpayment semuanya berjalan lancar .  Testing food Deli Rasa memang sedap . Pihak Deli Rasa jugak ada menyediakan rebate jika date majlis bukan dibuat pada cuti penggal sekolah atau cuti umum . Penjimatan dia bukan sesen , ringgit atau puluh ringgit tau ! Tapi beratus ringgit . Setiap pakej mempunyai rebate yang tersendiri . Sebelum aku pilih katering ni, aku dah baca review orang lain dan alhamdulillah ramai yang comment POSTIVE ! hope tak ada back charge after confirm . yes , itu yang paling penting . Kalau korang nak tahu ada jugak sesetengah yang menawarkan harga murah untuk pakej perkahwinan tetapi bila dah booking  rupa-rupanya masih ada charge yang tersembunyi . kalau boleh kita tak nak lah ada masalah macam ni kan. .Haihhhh , rasa tak sabar pulak nak menunggu detik-detik bahagia bergelar isteri (Berangan kejap)


 #1stepcloser

#Countingmonth
#Bridetobe
#Novembercoming
#JodohitufromAllah 
#In sha allah