Wednesday, 8 February 2017

KENDURI KAHWIN CIK SUE

Alhamdulillah , pada 12.11.2016 aku selamat diijab kabul bersama pasangan pilihan aku .
Huh ! Lega rasa hati ni selepas majlis selesai . Hampir setengah tahun jugak lah nak buat persiapan dan setengah tahun tu jugak lah aku rasa macam nak fengshannnn . Maklum lah , semua aku yang nak kena urus sendiri sebab aku  sangat mengambil berat dari segi gubahan dulang hantaran / makanan / andaman / dekorasi bilik/ busana sanding + akad nikah / photographer / doorgift .
ha nampak tak ? nampak tak ? banyak sebenarnye perkara yang kita kena buat . kalau nak list kan satu-satu sampai esok pun belum tentu habis . Pada aku lah kan , kalau nak buat kenduri kahwin yang paling penting sekali kena tengok pada kemampuan masing-masing . Tak perlu nak GRAND bagai sebab nanti lepas kahwin jenuh nak membayar loan kahwin (Aiseh , zaman sekarang ni ramai pasangan yang buat Loan demi nak kahwin , kalau boleh elakkan ya cik adik / cik abang ! nanti jenuh nak membayar sampai ke cucu cicit ) Kita sebagai perempuan Jangan lah nak harapkan duit hantaran lelaki sahaja . Kita  pun kena lah berkorban  jugak baru ada kesungguhan dalam nak membina masjid :-)
Okey , kepada sesiapa yang nak kahwin jangan lupa kumpul duit awal-awal..nanti tak de lah kau nak menyusahkan family / saudara-mara / jiran tetangga.... hiksss B-)

Disini aku akan kongsikan berkenaan bajet kenduri kahwin aku . Walaupun bukan majlis kenduri VIP tapi alhamdulillah majlis aku berjalan  lancar dengan izin Allah s.w.t .


1) BAJU AKAD NIKAH  BELI SIAP DI JAKEL - RM 150.00 (Promotion price)



2) GUBAHAN HANTARAN - BELI SIAP RM 25 X 7 DULANG - RM 175.00


3) ANDAMAN, PELAMIN, BANTAL NIKAH,
    RED CARPET, PINTU ERBANG DAN BUSANA SANDING - RM 2550.00
  


4) KATERING 600 PAX -RM 7850.00



    
5) DJ & PA SYSTEM - RM 500.00






6) PHOTOGRAPHER (AKAD & SANDING) MAGAZINE ALBUM - RM 1400.00




So , Total kesemua ialah RM 12,625.00 . Rasa2 sikit ke banyak ? Ini hanya basic sahaja okay. Barang hantaran aku tak beli pun. . semua  Encik hubby yang belikan. . :-)

ini tak termasuk kos untuk membeli bunga telur , Cadar. .Wallpaper bilik , hiasan bilik , door gift dan jugak jamuan selepas akad nikah (yang ini sponsor by my parents) . Majlis aku simple je , tak ada Photo booth ! tak ada brides maid !
sebab apa ? sebab tak penting pun photo booth ni , tetamu yang datang boleh je bergambar dengan pengantin kat pelamin . betul tak ? apa guna pelamin hias cantik2 tapi tetamu sibuk melaram dekat photo booth . Brides maid tu pun aku tak ada sebab takut over budget lah pulak nak kena belikan baju setiap seorang . Apa yang penting niat tu kena betul , tak over and tak menunjuk-nunjuk . Duit selebihnya boleh kita simpan untuk perkara yang lebih penting . ini merupakan last entry berkaitan cerita kahwin kita . Lepas ni cerita pasal baby pulak lah ? hehe. .in sha allah .

----------------------------------------- SEKIAN -----------------------------------------------------------